Popular Posts

Wednesday 12 June 2013

Bagai Hidup dalam kotak...

aku sering bermain dengan kata-kata...
hahaha...kerana aku menggunakan otak kanan
begitulah kesimpulanku..suka menulis, membaca, tulis puisi
sungguh berbeza dengan suamiku tercinta, punyai otak kiri yang susah terima arahan 2 dalam 1.
Dia sukar memahami bahasa yang berkias dan puitis apalagi mengucapkan ayat-ayat kompleks, sangat berbeza dengan isterinya ini yang suka berbahasa @ bercakap, suka menulis, suka mencipta puisi...agaknya inilah yang dinamakan udang di laut asam dari darat bertemu di kuali dan bersatu di perut!!!

hahahah...

Berbalik kepada tajuk diatas, ini adalah pendapat dan pandangan peribadi yang sedikit sebanyak ku perolehi daripada pemerhatian dan pengalaman hidup. mungkin orang lain brbeza pengalaman maka berbezalah pandangan diri masing-masing...

mengapa kita tidak mempunyai ilmu @ kepakaran @ kemahiran dalam pelbagai bidang seperti ilmuwan Islam zaman keemasan silam yang mahir dan ahli dalam BANYAK bidang???!!
Mereka penghafaz Quran, penghafaz Hadist, Astronomi, matematik, perubatan, ahli kimia, nahu Saraf, menghafaz pelbagai bahasa.

Mengapa kita dan generasi kita bagai static pada satu-satu ilmu dan kemahiran sahaja pada alaf ini??
Mengapa kita bagai ketandusan ilmu di bumi Allah yang mempunyai ilmu sebanyak lautan dan sebanyak titisan hujan..?
Mengapa kita tidak pandai dan tidak mahir dalam banyak bidang atau cabang ilmu?
Adakah kita malas? apakah cara hidup, budaya dan system hidup lingkungan kini menyebabkan iklim sebegini??

Beginilah...
Bermula daripada persekolahan yang berorientasikan akademik yang mengajar membaca, mengeja, mengira semata-semata disambung dengan 11 tahun ilmu mengejar silibus peperiksaan. Segala kepenatan dan keletihan itu tamat apabila selesai SPM. Bayangkan dalam 11tahun kita belajar ilmu yang sama dan berulang-ulang yang bersifat superficial semata-mata.
Kalaulah 11 tahun kita belajar pelbagai cabang ilmu, diwajibkan menghafaz Quran dan Hadis dan kitab perubatan, pasti kita kita semua sudah mempunyai ilmu seperti Ibnu Sina dan Imam Shafie ketika berumur 17 tahun.

Di zaman university, kita di minta untuk memilih satu bidang untuk di khususkan sebagai pengajian untuk 3-4 tahun akan datang.Malang lagi kerana kita belajar di sini untuk alam pekerjaan dan pangkat, gaji. Di sini tercurah masa, tenaga dan perahan otak untuk memastikan kita lulus dan kompetent untuk pasaran kerja. Sedangkan ilmu untuk mengangkat martabat dan ummah, bukan untuk individu sahaja. Di sini peranan ilmu sdah deviated dari kehendak Islam.


Di alam kerjaya, dengan gaji, elaun, pangkat dan pencen kita benar-benar seperti menutup kotak kehidupan yang maha luas ini.Dengan semua itu, masa dan diri kita seumpama berjalan di landasan dan trek yang sama rutin saban hari tahun per tahun. Bangun kais rezeki makan sebulan, matlamat hidup semakin jelas hanya untuk makan gaji dan bekerja di samping berkeluarga. Hidup benar-benar seumpama dalam kotak kerana hanya berlegar-legar di situ tanpa ingin mengintai lagi dunia luar yang menjanjikan sepenuh bumi rezeki dan ilmu.
Mengapa kita hanya diam di situ? atau di sini? mengapa di jumudkan fikiran? mengapa ya? Malangnya apabila keselesaan itu merantai kaki di kediaman mewah dan kenderaan besar, ilmu sudah tiada di cari.
 Pencarian ilmu berakhir. Yang menjadi fous ialah pencarian harta bertimbun dn pangkat. lebih malang apabila ada yang bekerja tapi sambil lewa dalam tanggungjawabnya walhal hasil tetap masuk dalam akaun saban bulan.


Ya..begitulah
sekadar pandangan sebuah pemerhatian insan yang cuba menjangkau di luar kotak yang dicipta tanpa sedar oleh kebanyakan insan..

atas dasar itulah...insan  ini mendapat jawapan mengapa umat ini sangat jumud dan jauh terkebelakang dari segi persaingan ilmu apalagi ekonomi...mana mungkin masyarakat yang sudah selesa dengan kerjaya dan wang gaji akan menongkah arus mengambil risiko menceburkan diri ke bidang perniagaan (sebagai contoh) atau melepaskan jawatannya semata-mata untuk mendidik anak-anak di rumah..atau kembali menghadap buku-buku atau bergelut dengan kitab-kitab. Sukar !








Ummu Umar










 

Dilemma seorang isteri berkarier

Bunyinya agak menyedihkan...kan?
Tapi realitinya memang dilemma ini menyedihkan jiwaku yang rapuh ini..
apa dia?
Aku adalah seorang wanita berkerjaya professional di hospital kerajaan,
seorang isteri kepada jurutera sivil, dan yang paling penting aku telah dianugerahi Allah dengan
4 cahayamata comel....!!!
Kehidupan yang bahagia dan membahagiakan, so dimana dilemmanya?
Ahhhhh.....sukar!

Setiap pagi, jiwa ini akan dihimpit perasaan sayu dan sedih yang maha hebat melihat
wajah-wajah comel yang akan ditinggalkan sepanjang hari, terlontar kepiluan dari anak mata mereka
mengiringi pemergianku..aku merana dengan drama sedih ini setiap hari. Aku derita bila mengenang semua anak-anakku akan menanti dan ternanti kedatanganku 10 jam lagi...Aduhhh!

"Ya Allah, kepadamu aku memohon dan mengadu, aku tinggalkan mereka dengan harapan menggunung tinggi kepadamu...peliharalah mereka, kasihilah mereka, baik-baikkanlah keadaan mereka...."

Kemudian, bila ku renung kembali dan muhasabah kembali matlamat asal kehidupanku ini, aku terpana...bukankah matlamat setiap yg bergelar ibu ingin mengasuh anak? mendidik dan memberi kasihsayang sempurna kepada anak? aku terdiam lagi membayangkan ribuan ringgit yang melayang jika aku tinggalkan kerjayaku...Ahhhh materialistic!

Ku renung kembali kata-kata pedoman sahabatku dari seberang tentang kewajipan seorang wanita ketika mempunyai anak ialah Mengasuh dan memelihara anaknya. Titik. Hukum Hadhonah (mengasuh anak)  WAJIB. Ibu adalah pengurus dan pengatur rumahtangga yang wajib mnguruskan dan mengatur rumahtangganya sebaik mungkin. mana mungkin ibu yang berkerjaya dapat menguruskan rumah dan anak dengan sempurna jika dia keluar selama 10 jam !!!
sesungguhnya aku dah merasainya selama 8 tahun.

kemudian ku buka lembaran kehidupan di sisi yang lain pula...
Ada isteri yang tidak mampu berhenti kerja kerana kewangan ekonomi
Ada isteri yang menjadi tulang belakang keluarga..
Ada isteri yang tidak mempunyai suami, atau suami tidak memberi nafkah..
aku akur...dan aku sangat bersyukur kerana aku adalah isteri kepada suami yang mampu.

Dan kini, aku hanya perlu memilih
meneruskan karier dan terus meninggalkan anak-anak saban hari
bergelut dengan perasaan bersalah yang merantai setiap hari..
Tolak ke tepi perkembangan anak-anakku yang sudah di corak oleh anasir luar
Tutup mata terhadap reality yang menimpa anak, spt kena marah oleh pengasuhnya.
walau

Atau menjadi ibu suri di rumah..
menerbitkan senyum dan keriangan anakku di pagi hari secerah mentari...
memeluk dan belai setiap masa...bermain dan adakalanya memarahi..
Apakah bayangan indah ini dapat ku gapai suatu waktu nanti?


ummu Thoriq Umar
12 Jun 2013





Potensi Kehidupan

Naluri itu apa..?
aku bertanya..?
Ahh nasib baik aku ada usrah dan pengkajian ilmu..Alhamdulillah
yang memungkinkan aku mengetahui konsep demi konsep penting dlm hayat ini

Naluri itu ialah instinct (inggeris)
Naluri itu Gharizah (Arab)
Naluri itu adalah sifat dalaman dan perasaan semulajadi yang dibekalkan sejak lahir bersama jasad
Naluri ada pada  makhluk Allah, manusia dan haiwan.

naluri ada 3 jenis
- Naluri survival- Bentuk sifat yang ingin survive dalam apa jua keadaan, contohnya ingin Berjaya, ingin belajar dan jadi pandai, ingin kaya, ingin pangkat, ingin penghargaan dan pujian orang, ingin selamat....

- Naluri Beragama - Bentuk sifat yang ingin mennyembah kepada yang lebih Berkuasa, perasaan ingin mengadu dan meluahkan spiritual dalaman. Seperti berbuat ibadat, zikir, sembah patung, semmbah nenek moyang, buat kebajikan

-Naluri Kasih-sayang - Bentuk perasaan kasih sesama manusia dan ingin disayangi dan diberi perhatian. nseperti cintakan suami-isteri, saying ibu ayah, sayang anak, kasihkan boyfriend-girlfriend.

Dalam kehidupan ini, kita dibekalkan dengan 3 potensi kehidupan iaitu

{ potensi Jasmani} kita boleh bergerak, bernafas, makan, buang air dan sebagainya yang dlakukan oleh tubuh

{ potensi naluri} seperti keterangan di atas

{potensi akal fikiran} kita dibekalkan dengan akal fikiran untuk membuat pemerhatian dan keputusan tentang sesuatu.













Friday 21 October 2011

Muhasabah Diri di awan biru.

Tatkala kapal terbang meluncur laju dan terus memecut melanggar satu persatu awan,
Hanya Allah SWT yang maha tahu mengerti perasaan dan kalbuku..
Seluruh anggota dan deriaku gementar, degup jantung dalam kelajuan maksima
aku seakan kaku, kejang dan bungkam..
aku takut, fobia, cuak dan semua yang seakannya...
mungkin kerana membesar dengan menaiki kapal terbang, pelbagai pengalaman
Mungkin kerana semakin penakut bila memikirkan keselamatan anak, diri dan keluarga.


Entahlah..........


Yang pasti
Aku benci ketika menghadapinya, tapi aku terpaksa
aku ralit dalam kepenatan memikir fobia yang menyerang ini
apakah yang sangat aku takuti??
Hampir pasti, aku pasti terkena penyakit ummat akhir zaman sebagaimana sabda Nabi
Penyakit Wahan: Cinta Dunia, Takut Mati.

Aku cintakan dunia ini bila aku sudah punya cinta hati
Aku sayangkan dunia ini bila aku sudah punya wang, pangkat dan harta
aku cinta hidup ini kerana aku sudah miliki anak-anak yang comel
Aku sayang hidup ini kerana aku ingin menikmati lagi manisnya gelak ketawa..
akhirnya, aku pasti, sudah yakin
Fobia ini muncul kerana aku sudah punya satu penyakit: WAHAN.


Hurmmm..
Tapi, aku sukakan debaran di awan biru
aku sukakan gementar yang menguasai jiwa dan jasadku saat itu.
Saat itu adalah saat yang HEBAT.
kerana saat-saat itu aku begitu PASRAH, REDHA dan miliki rasa TAKUT pada ALLAH
rasa yang sangat-sangat pasti berserah diri...rasa kehambaan yang hadir entah dari mana..
saat yang aku sangat jarang-jarang rasakan jika aku di menjejak di bumi.
itulah manisnya saat dan perasaan di saat itu.

Ketika hatiku berdebaran itulah aku mengakui kebesaran Allah denganl SESUNGGUHNYA
ketika hatiku cemas itulah aku mengakui dosa-dosaku sepenuhnya tanpa sisa
ketika dadaku berombak menghitung masa..aku menghitung umurku kembali, dan perbuatan-perbuatanku...
Membayangkan ayahnda-Bonda..
Dosa dan kesalahan terhadap mereka, apakah aku sudah jadi anak solehah mereka?
Apakah mereka Redha sepenuh rela terhadapku??





Membayangkan Suami tercinta..
Dosa dan kesalahan padanya yang penyabar,
apakah dia redha terhadapku yang sering mengeluh, emosi, merajuk, marah
apakah aku sudah melaksanakan semua kewajipan sebagai isteri?
apakah aku sudah berusaha semaksimanya menjadi isteri solehah hiasan dunia terhadapnya?


Membayangkan anak-anak tercinta..
apakah aku sudah semaksima mungkin menjadi ibu terbaik?
mengerahkan sepenuh tenaga mendidik dan mengasuh dan memberi yang terbaik?
atau masih menjadi ibu yang belum layak dicontohi?


membayangkan dakwah dan saudara semuslim..
Dai'e bagaimanakah aku di sisi Allah?
apakah aku tidak akan terhumban ke neraka kerana sebab ini?
apakih dakwah ini, kewajipan ini sudah kulaksana seupaya kudratku?
atau hanya mengisi masa-masa lapang tanpa kesedaran? menggalasnya tanpa sepenuh jiwa umpama lepaskan batuk di tangga sahaja?
apakah benar aku sudah memberi yang selayaknya kepada saudaraku?
apakah benar aku sudah cukup menyantuni mereka ?
apakah sudah cukup kebaikan yang ku berikan?
atau masih ada tersisa keburukanku di hati mereka?
Aduhh, aku semakin takut.


Di ruangan pekerjaanku...
apakah aku sudah menjadi pekerja amanah?
Benarkah aku melaksana sebaik-baiknya?
Ikhlas tanpa rungutan yang mencantas amal kebaikan?
apakah rezeki yang termanfaat olehku suci bersih?


Di awan biru..
Aku bermuhasabah bagaikan aku akan mati saat itu...
aku beristighfar bagaikan aku ingin hidup selamanya beribadat kepadaNya tanpa dosa lagi.
Aku merintih bagai hamba yang tersesat menemui jalan pulang...
di awan biru...
aku mengucap berkali-kali kerana jiwa terasa begitu bersih dan tenang apabila seluruh jasad  menginsafi diri...menhitung kesilapan-kesilapan diri..
Kalbu merasa begitu dekat pada Allah kerana ketakutan...

Di awan biru..
Syukur ku panjat kan atas hikmah FOBIA ini.
(ku mencari hikmah di setiap pengalaman hidup ini, Ya Allah)




Ummu Thoriq
Ibu pendidik generasi.

Friday 14 October 2011

Hati yang Remuk


Mataku berkaca-kaca
Pandanganku kabur digenangi airmata..
Kepalaku berpinar...
Hatiku remuk, hancur lagi buat kesekian kali...
kenapa lagi...?
kerana suami? Jauh sekali.
kerana rakan-rakan..? tidak sekali
Kerana tension, stress atau kewangan? Mungkin tidak.



Teringat hadis ini,
"akan tiba suatu masa nanti hati seorang mukmin kan hancur bak timah mencair melihat kerosakan dizamannya"


akulah orangnya,
yang sudah luluh melihat segala..
yang sudah remuk menahan rasa..
bagai kaca terhempas hari demi hari
menatap ssatu demi satu kemanusiaan yg menghilang dr bumi Tuhan



bak timah cair...
meratap sendu melihat kezaliman berkembangan
bak api marak membakar hangus erti kehidupan
Sebuah cereka kehidupan yang sirna manisnya
menghampar cerita duka yang hitam dan busuk
Sampai bila?wahai jiwa yang masih punya ruh?
menjawablah tanpa dayus
masih butakah mata yang terbuka
Masihkah akal waras terus ingin menerima bahana ini?
masihkah??



di sana ada harapan padamu, wahai pemimpin
bentuklah peraturan yang punya 'kehidupan" !
Tutupilah kehinaan yang merata ini dengan wahyuNya...ayuhlah...
di sana juga ada harapan padamu, wahai ulama
Pagarlah kami dengan Hukum Syariat yang padu dan teguh
Biar kami terasa wangian harmoninya Islam
Bukalah mata...



wahai segenap insan..amar makruf nahi mungkar warisan nabi
Mencegah kerosakan pegangan sahabat yang mulia..
Mari kita kembali kepada fikrah Islam..neraca kehidupan.

Sudahlah, Cukuplah, Hentikanlah Ahhh
aku sudah jelak dengan peraturan ciptaan manusia yang hambar
aku sudah jelak dengan mainan Barat yang mencengkam dunia
yang mengaburi mata mukmin dalam sekular, material dan individualistik
Sehingga perasaan mukmin berpisah dari jasadnya, bercerai dari akalnya
menjadi hamba dunia.

ummuThoriq.
(mengantuk sudah)

Friday 2 September 2011

Apa yang engkau lakukan...?

Teman-temanku..

di petang yang sepi ini, aku termenung, melayan fikiran yang jauh melayang
mengapa ada sengsara di dunia ini? dan mengapa ada derita ?
mengapa ada hidup yang sulit dan mengapa ada hidup yang tenang?
mengapa ada derita dan mengapa ada bahagia?
Untuk apa hidup ini? dari mana hidup ini? dan ke mana akhirnya?
apakah tujuan hidup ini?
bagaimana hidup ini yang seharusnya?

semua persoalan diatas menerawang dalam lamunan
manusia, ada yang hidupnya terumbang-ambing, bermasalah tak kunjung padam
manusia, ada yang hidupnya stress tidak berpenghujung, emosi melulu
manusia, ada yang tidak pernah puas, mendabik dada, terlupa bumi dipijak
manusia, ada yang terlalu sibuk sehingga hidupnya terbiar dan berkecamuk?

sebenarnya...
aku ada jawapan untuk semua diatas....
dalam batasan daya fikir dan ilmuku
tapi mungkin aku tidak sematang mereka yang menempuh ujian hidup atau yang teruji dariNya
mungkin aku tidak sehebat mereka yang punya pengalaman..
kerana aku mentafsir dari ukuran tsaqafah yang membina diriku...

Apabila semua perbuatan tidak bersandarkan hukum syarak dan peraturan Allah
pasti hati gelisah tidak menentu....
Apabila semua perbuatan dilakukan mengikut acuan akal fikiran dan nafsu semata-mata,
pasti hati tidak menemui ketenangan apalagi kepuasan...
setiap perbuatan itu mesti BERGANTUNG kepada HALAL-HARAM HUKUM SYARAK (bukan makanan sahaja yer), jika perbuatan bergantung kepada kehendak diri, terjadilah kerosakan dan derita manusia.
setiap yang BAIK dan BURUK mesti  berlandaskan Hukum Syarak, barulah benar setiap tujuan perbuatan dan tenanglah hati-hati manusia.

ingatlah pula tujuan hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah...
maka setiap perbuatan mesti lah bersandarkan keRedhaanNya

ketahuilah, apabila pemikiran mempunyai landasan yang benar
pasti jalan perbuatannya benar juga....
maka, isilah pemikiran itu dengan ilmuNya, hukum SyarakNya


Salam kasih sayang
UmmuThoriq
5.14 pm





Wednesday 6 July 2011

DERAS MASA YANG BERLALU...

Derasnya masa...hatiku selalu merungut
Cepatnya masa-masa berlalu...terasa baru sahaja bulan lepas bermula, bulan ini sudah di penghujung
ohhh, terasa belum puas menikmati detik-detik gembira
terasa tidak ingin melepaskan pergi..
tetapi selalu insan akan mengalah dengan kuasa masa..
Begitulah hidup ini...
Terasa baru sahaja memasuki gerbang perkahwinan hampir tujuh tahun lalu

seperti mimpi...sudah memiliki tiga orang anak
waaahhh...tidak sedar sejauh ini masa membawa usiaku
cerita sepanjang 10 tahun seakan hanya setahun...
aku mula mewarna kanvas sebuah kehidupan dengan cerita pelangi
aku bersekolah.....di sana yang jauh di Bawah bayu yg damai

aku menguak langkah menatap Kota yang asing tapi indah untuk matrikulasi
kemudian mataku terbuka di sini di kota Metroplis Kuala Lumpur...
untuk ku gapai seggulung ijazah berinti harapan menngunung...

Cepatnya...cepatnya....
Beredar terus membawaku meniti kehidupan sebagai isteri
kepada si dia yang SOLEH
kepada si dia yang berjiwa LUHUR
lalu ku melangkah lebih jauh...melahirkan mereka
tanda anugerah Illahi tiada terperi
Puteri pertama membawa bahagia, celoteh tidak berpenghujung
Puteri kedua pelengkap bahagia, karenah lasak mencuit emosi
Putera comel, terus mengharumkan bahagia di hati

terasa nikmat Ilahi di sana sini
Terasa kasi sayang Illahi merata di kehidupan ini
Terasa limpahan rahmat Illahi memberkahi perjalanan ini
ku alunkan zikir syukurku...
ku baitkan untaian puji-pujianku buat Dia
Kekasih yang mengizinkan  segala-gala...

Walaupun ku akui detik masa nan deras ini..
selalu menjadikan aku kesempitan waktu bersama mereka yg tercinta
selalu mejadikan aku tidak puas bermain-main bersama mereka
selalu menjadikan aku tidak sempat memberi perhatian..
kerana putaran waktu begitu deras
menjadikam masa kian suntuk...

terkadang..selalu...
ku membuka mata di pagi hari..
menatap tulus wajah kudus mereka...
terasa aku tidak sanggup meninggalkan mereka
walau berpisah seharian cuma, tapi hatiku bagai tidak tega...
melambai tangan menjauhi mata bening mereka...
kerana..sesungguhnya aku tidak puas bersama mereka
Waktu dan hak mereka dirembat...

Begitulah masa-masa datang silih beganti membawa cerita dan kisah
yang tidak sama.....ada gembira dan bahagia..
ada masa sulit tidak terduga
ada tawa dan airmata, rindu saling berganti
mencipta pelangi-pelangi warna kehidupan...
kekadang...
masa sedih menjerut rasa, mencuat emosi, menongkat gundah
namun mehnah itu selalu mematangkan
Bahagia itu perlu buat si hamba menikmati manisnya kehidupan...

salam daripada,
Ibu Sejati Pendidik Generasi
Ummu Thoriq
10.35 pm