Popular Posts

Saturday 11 June 2011

Assalamualaikum

Salam semua....

Kenapa aku harus memiliki dan menulis blog ??
kerana aku suka menulis dan merakam memori yang tercipta di sepanjang titian hidup ini..
kerana aku suka menulis puisi, puisi adalah kata-kata terbaik untuk mengungkap sebuah rasa...
kerana aku ingin tebarkan fikrah (pemikiran) Islamiyyah, isu, pandangan dan realitinya...

Mungkin dalam blog ini...
tidak akan ketemu dengan menu masakan...
tidak akan ketemu dengan luahan perasaan kepada orang lain...
tidak akan ketemu cerita remeh temeh yang tiada berguna...
tidak akan ketemu lawak jenaka bodoh tiada manfaat..
tidak akan ketemu cerita artis dan bahan hiburan...

mungkin dalam blog ini....
terungkap realiti dunia yang suram..
tertulis cerita pedih jerih manusia meniti titian hidup...
terakam rapi kisah-kisah sejarah pembakar semangat satria
terungkap realiti agama yang terbuang dan tercalar
terungkap kisah masyarakat yang kian songsang
tercalit pengertian hakiki hubungan hamba...

segalanya mungkin....
kerana..
demi pena, dan apa yang di tuliskannya...
demi kalimah, dan apa yang diungkapkannya..
demi Deen, dan apa yang diperjuangkannya...

ummithoriq

No comments:

Post a Comment