Popular Posts

Saturday 18 June 2011

Antara kau dan aku...



Antara lelaki dan wanita telah tercipta fitrah berbeza...
Antara lelaki dan wanita telah dibekal sifat dan rupa berbeza..
antara lelaki dan perempuan telah di cipta peraturan berbeza...
antara lelaki dan perempuan punya kecenderungan berbeza

Aku wanita..
Kau lelaki...

antara kau dan aku telah Allah cipta peraturan antara kita..
antara kau dan aku ada hukum Syariat yang membatasi..
antara kau dan aku ada perintah dan larangan memagari...
walau Islam bukan agama sempit, tetapi bukan agama sembrono...
untuk kau dan aku sesuka hati bercampur dan saling berinteraksi...
kau dan aku miliki naluri, perasaan dan akal



kau dan aku...inilah Aturan antara kita...
Mari aku rungkaikannya..


1.  Islam telah memerintahkan kepada manusia, lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur: 30-31.

" katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka". Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.."

2. Islam memerintahkan kepada kaum lelaki dan wanita agar bertakwa kepada Allah SWT

3. Islam memerintahkan kaum lelaki dan wanita agar menjauhi tempat-tempat syubhat (meragukan) dan aktiviti-aktiviti syubhat agar berhati-hati sehingga tidak tergelincir ke dalam perbuatan maksiat.

4. Islam mendorong untuk segera menikah apabila tidak mampu menahan gejolak nafsu.

5. Islam memerintahkan mereka yang belum berkemungkinan menikah, agar memiliki sifat iffah (sentiasa menjaga kehormatan)

6. Islam melarang kaum wanita untuk bertabarruj. Tabbaruj ialah menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki asing (bukan mahram).

" wanita siapa saja yang memakai wewangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium aromanya, maka ia seperti wanita yang berzina" HR Ibn Hibban dan al-Hakim

7. Islam melarang lelaki dan wanita untuk melakukan segala bentuk perbuatan yang mengandungi bahaya terhadap akhlak atau yang dapat merosak masyarakat. kerana itu seorang wanita dilarang bekerja dalam pekerjaan yang menggunakan apek keperempuanannya.

8. Islam melarang menuduh wanita yang baik-baik yaitu melontarkan tuduhan zina kepadanya.

9. Islam  memerintahkan kepada kaum wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, yakni pakaian yang menutupi seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Mereka mengulurkan pakaian hingga menutup tubuh mereka. Allah berfirman dalam surah an-Nur 31

" Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.."

10. Islam melarang seorang wanita melakukan perjalanan dari suatu tempat ke tempat lain selama perjalan sehari semalam, kecuali jika disertai dengan mahramnya.
Rasulullah SAW bersabda:

" Tidak halal seorang wanita yg beriman kepada Allah dan Hari Akhir melakukan perjalanan selama sehari ssemalam, kecuali jika disertai mahramnya" HR Muslim



10. Islam melarang lelaki dan wanita untuk berkhalwat (berdua-duan) kecuali jika wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah bersabda:

" Janganlah sekali-kali seorang lelaki dan perempuan berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" HR BUkhari




11. Islam melarang wanita untuk keluar dari rumahnya kecuali seizin suaminya.

12. Islam mewajibkan kehidupan khusus wanita terpisah dari kaum lelaki. Wanita harus hidup ditengah-tengah kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Seorang wanita boleh melakukan aktiviti umum spt jual-beli dan kembali semula ke kehidupan khususnya.

13. kerjasama antara lelaki dan perempuan hendaklah bersifat umum (bukan personal) dalam urusan-urusan muamalat; bukan hubungan yang bersifat khusus spt saling kunjung-mengunjungi.






ketahuilah wahai kau dan aku....
peraturan Allah menetapkan kehidupan kita terpisah
Tidak ada istilah kekasih tanpa nikah
Tidak ada istilah abang dan kakak angkat
Tidak ada istilah rakan karib atau rakan besiar-siar...
Tidak ada istilah teman tapi mesra antara kita....
Tidak ada istilah rakan cyber,maya atau apa pun

Ini bukan kata-kataku...
Tapi adalah ayatNya, perintahNya..
apa untungnya aku mereka cerita penuh madah...
jika peganganku adalah hukumNya..

Antara kau dan aku...
ada ruangan yang diperbolehkan...ijtima' namanya
kita boleh bersama di  ruangan itu demi urusan hidup (masjid, pasar, sekolah, office)
Aurat dan akhlak wajib terjaga di ruangan itu....
Tapi tidak menghalalkan utk kita berkhalwat walau lautan manusia dihadapan kita...

Antara kau dan aku....
ada ruangan utk berinteraksi...ikhtilat namanya
kita bersama berinteraksi demi urusan hidup
Tidak ada interaksi peribadi atau gurauan kosong antara kita..
Usai keperluan, berpisahlah kita..
aku wanita
kau lelaki...
Jika kita memahami hukum Allah
apalagi menerapkannya...
dengan ketaqwaan individu
dengan amar-makruf nahi mungkar masayarakat yang tidak individualistik (spt kini)
dengan penerapan hukum oleh sebuah negara....


pasti....
tidak akan terlihat perzinaan merata...
tidak akan terdengar suara teriakan tangis mangsa rogol yang hiba...
tidak akan terlihat bayi comel terbuang dan terhempas di jalanan, terapung di sungai..
tidak kan adak bayi zina menghuni rumah-rumah harapan..
tidak akan ada penderaan apalagi kecurangan...
kerana mata dan hati terantai oleh hukumNYa..


Apakah aku terlalu ideal...??? membicarakan semua ini..
Tidak....
tapi, Islam itu memang mulia, rahmat dan penyelesai masalah...


Ummu Thoriq
3.50 pm saturday