Popular Posts

Sunday 19 June 2011

Iman & Islam....



Iman....

Definisi Syaraknya membawa erti keyakinan dalam kalbu, pemngakuan dengan lisan dan pembenaran dengan perbuatan.

Islam

Definisinya adalah agama yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW untuk umatnya untuk mengatur/menyelesaikan/memandu 3 jenis hubungan manusia.

1. Hubungan dengan Allah
- Hubungan ini berkaitan hubungan antara Rabb dengan hamba-hambaNya dan bersifat khusus contohnya ibadat solat, puasa, zakat, haji dan direct kepada Allah.

2. Hubungan dengan manusia lain
- hubungan ini merangkumi hubungan satu manusia dengan manusia lain dalam kehidupannya. semua jenis hubungan, interaksi dan transaksi  sesama manusia dalam memenuhi kehendak, keperluan dalam hidup di atur dalam sistem Islam.

3. Hubungan dengan diri sendiri
- Hubungan dengan diri ada 3 yang terkait iaitu akhlak, pakaian, dan makan-minum. Hubungan ini bersifat individual.


Jadi, apakah point bicara saya ???

Rasulullah bersabda " tiada beriman seorang anak adam sehingga hawa nafsunya tunduk kepada apa yang aku bawa".
Maka iman adalah satu ketaatan kepada Islam yang menjadikan seluruh perbuatan tunduk dan patuh kepada Islam. 
Maka iman jua adalah satu keyakinan yang paling kuat bak kristal bercahaya dalam kalbu dalam melaksanakan Islam.
maka iman  adalah satu ketaatan yang menyeluruh dalam hati, dalam lisan dan pada tindak-tanduk perbuatan dalam kehidupan ini.

bagaimana ketaatan itu dilakukan???

Dengan mentaati garis-garis hukum dalam Islam. islam adalah satu agama sekaligus peraturan hidup yang tidak rigid, bahkan sangat simple dan mudah untuk diikuti dalam kehidupan. ramai orang sekarang selalu memandang Islam sebagai agama untuk ibadat ritual semata-mata seperti solat, zakat, sadaqah, Haji atau hari Raya sahaja. tapi bahagian sistem Islam yang terbesar dan paling banyak hukum-syariat jatuh dalam hubungan sesama manusia, seperti sistem pergaulan, ekonomi, pemerintahan, munakahat, pendidikan, keteneraan dan sebagainya.

Kerana itulah, sering kelihatan dalam masyarakat kita orng memandang Islam hanya pada masjid-masjid dan Tanah Suci Makkah semata, tapi sebenarnya Islam itu ada di mana-mana. Rumah, jalanan, pasar,pejabat, pejabat menteri, mahkamah hatta toilet, pasti ada hukum syarak Islam didalamnya

Dek kerana kejahilan kita secara individu, tambahan lagi keegoan untuk belajar Islam.tambahan lagi kemalasan/kesibukan rutin waktu menjadikan kehidupan kita sangat jauh dari Islam. Syariat Islam jahil, syariat Islam terkeliru, syariat Islam salah faham, kita jadi berfikiran sangat sempit apabila berbicara soal Islam dan hilang kata. Mengapa?? kerana kita jauh dari Islam. Kita sering jadikan Islam hanya untuk upacara-keagamaan sahaja, doa keselamatan sahaja, atau untuk golongan ustaz-ustazah sahaja, kita sering meminggirkan Islam jauh di sudut terpencil kehidupan kita.

saudaraku semua yang ku cintai...
Islam itu adalah way of life, asas perbuatan, peraturan kehidupan, petunjuk, pembeza dan penyelamat. Islam menjamin kesejahteraan hidup dunia akhirat. Dengan Islam, kita meraih keredhaan Illahi (nobody will disagree with  this word). Islam bak cahaya terang menerangi segenap alam kehidupan, menjauhkan kita dari kepincangan hidup, terumbang-ambing dalam ketidak tahuan, hilang punca ketenangan. Bila kita mengikuti petunjuk Islam, pasti keberkahan tiba dari semua arah.

Ummu Thoriq
Salam Aidifitri 2011, minal Aidil wal Faizin
12.30 pm






No comments:

Post a Comment