Popular Posts

Wednesday 12 June 2013

Bagai Hidup dalam kotak...

aku sering bermain dengan kata-kata...
hahaha...kerana aku menggunakan otak kanan
begitulah kesimpulanku..suka menulis, membaca, tulis puisi
sungguh berbeza dengan suamiku tercinta, punyai otak kiri yang susah terima arahan 2 dalam 1.
Dia sukar memahami bahasa yang berkias dan puitis apalagi mengucapkan ayat-ayat kompleks, sangat berbeza dengan isterinya ini yang suka berbahasa @ bercakap, suka menulis, suka mencipta puisi...agaknya inilah yang dinamakan udang di laut asam dari darat bertemu di kuali dan bersatu di perut!!!

hahahah...

Berbalik kepada tajuk diatas, ini adalah pendapat dan pandangan peribadi yang sedikit sebanyak ku perolehi daripada pemerhatian dan pengalaman hidup. mungkin orang lain brbeza pengalaman maka berbezalah pandangan diri masing-masing...

mengapa kita tidak mempunyai ilmu @ kepakaran @ kemahiran dalam pelbagai bidang seperti ilmuwan Islam zaman keemasan silam yang mahir dan ahli dalam BANYAK bidang???!!
Mereka penghafaz Quran, penghafaz Hadist, Astronomi, matematik, perubatan, ahli kimia, nahu Saraf, menghafaz pelbagai bahasa.

Mengapa kita dan generasi kita bagai static pada satu-satu ilmu dan kemahiran sahaja pada alaf ini??
Mengapa kita bagai ketandusan ilmu di bumi Allah yang mempunyai ilmu sebanyak lautan dan sebanyak titisan hujan..?
Mengapa kita tidak pandai dan tidak mahir dalam banyak bidang atau cabang ilmu?
Adakah kita malas? apakah cara hidup, budaya dan system hidup lingkungan kini menyebabkan iklim sebegini??

Beginilah...
Bermula daripada persekolahan yang berorientasikan akademik yang mengajar membaca, mengeja, mengira semata-semata disambung dengan 11 tahun ilmu mengejar silibus peperiksaan. Segala kepenatan dan keletihan itu tamat apabila selesai SPM. Bayangkan dalam 11tahun kita belajar ilmu yang sama dan berulang-ulang yang bersifat superficial semata-mata.
Kalaulah 11 tahun kita belajar pelbagai cabang ilmu, diwajibkan menghafaz Quran dan Hadis dan kitab perubatan, pasti kita kita semua sudah mempunyai ilmu seperti Ibnu Sina dan Imam Shafie ketika berumur 17 tahun.

Di zaman university, kita di minta untuk memilih satu bidang untuk di khususkan sebagai pengajian untuk 3-4 tahun akan datang.Malang lagi kerana kita belajar di sini untuk alam pekerjaan dan pangkat, gaji. Di sini tercurah masa, tenaga dan perahan otak untuk memastikan kita lulus dan kompetent untuk pasaran kerja. Sedangkan ilmu untuk mengangkat martabat dan ummah, bukan untuk individu sahaja. Di sini peranan ilmu sdah deviated dari kehendak Islam.


Di alam kerjaya, dengan gaji, elaun, pangkat dan pencen kita benar-benar seperti menutup kotak kehidupan yang maha luas ini.Dengan semua itu, masa dan diri kita seumpama berjalan di landasan dan trek yang sama rutin saban hari tahun per tahun. Bangun kais rezeki makan sebulan, matlamat hidup semakin jelas hanya untuk makan gaji dan bekerja di samping berkeluarga. Hidup benar-benar seumpama dalam kotak kerana hanya berlegar-legar di situ tanpa ingin mengintai lagi dunia luar yang menjanjikan sepenuh bumi rezeki dan ilmu.
Mengapa kita hanya diam di situ? atau di sini? mengapa di jumudkan fikiran? mengapa ya? Malangnya apabila keselesaan itu merantai kaki di kediaman mewah dan kenderaan besar, ilmu sudah tiada di cari.
 Pencarian ilmu berakhir. Yang menjadi fous ialah pencarian harta bertimbun dn pangkat. lebih malang apabila ada yang bekerja tapi sambil lewa dalam tanggungjawabnya walhal hasil tetap masuk dalam akaun saban bulan.


Ya..begitulah
sekadar pandangan sebuah pemerhatian insan yang cuba menjangkau di luar kotak yang dicipta tanpa sedar oleh kebanyakan insan..

atas dasar itulah...insan  ini mendapat jawapan mengapa umat ini sangat jumud dan jauh terkebelakang dari segi persaingan ilmu apalagi ekonomi...mana mungkin masyarakat yang sudah selesa dengan kerjaya dan wang gaji akan menongkah arus mengambil risiko menceburkan diri ke bidang perniagaan (sebagai contoh) atau melepaskan jawatannya semata-mata untuk mendidik anak-anak di rumah..atau kembali menghadap buku-buku atau bergelut dengan kitab-kitab. Sukar !








Ummu Umar










 

Dilemma seorang isteri berkarier

Bunyinya agak menyedihkan...kan?
Tapi realitinya memang dilemma ini menyedihkan jiwaku yang rapuh ini..
apa dia?
Aku adalah seorang wanita berkerjaya professional di hospital kerajaan,
seorang isteri kepada jurutera sivil, dan yang paling penting aku telah dianugerahi Allah dengan
4 cahayamata comel....!!!
Kehidupan yang bahagia dan membahagiakan, so dimana dilemmanya?
Ahhhhh.....sukar!

Setiap pagi, jiwa ini akan dihimpit perasaan sayu dan sedih yang maha hebat melihat
wajah-wajah comel yang akan ditinggalkan sepanjang hari, terlontar kepiluan dari anak mata mereka
mengiringi pemergianku..aku merana dengan drama sedih ini setiap hari. Aku derita bila mengenang semua anak-anakku akan menanti dan ternanti kedatanganku 10 jam lagi...Aduhhh!

"Ya Allah, kepadamu aku memohon dan mengadu, aku tinggalkan mereka dengan harapan menggunung tinggi kepadamu...peliharalah mereka, kasihilah mereka, baik-baikkanlah keadaan mereka...."

Kemudian, bila ku renung kembali dan muhasabah kembali matlamat asal kehidupanku ini, aku terpana...bukankah matlamat setiap yg bergelar ibu ingin mengasuh anak? mendidik dan memberi kasihsayang sempurna kepada anak? aku terdiam lagi membayangkan ribuan ringgit yang melayang jika aku tinggalkan kerjayaku...Ahhhh materialistic!

Ku renung kembali kata-kata pedoman sahabatku dari seberang tentang kewajipan seorang wanita ketika mempunyai anak ialah Mengasuh dan memelihara anaknya. Titik. Hukum Hadhonah (mengasuh anak)  WAJIB. Ibu adalah pengurus dan pengatur rumahtangga yang wajib mnguruskan dan mengatur rumahtangganya sebaik mungkin. mana mungkin ibu yang berkerjaya dapat menguruskan rumah dan anak dengan sempurna jika dia keluar selama 10 jam !!!
sesungguhnya aku dah merasainya selama 8 tahun.

kemudian ku buka lembaran kehidupan di sisi yang lain pula...
Ada isteri yang tidak mampu berhenti kerja kerana kewangan ekonomi
Ada isteri yang menjadi tulang belakang keluarga..
Ada isteri yang tidak mempunyai suami, atau suami tidak memberi nafkah..
aku akur...dan aku sangat bersyukur kerana aku adalah isteri kepada suami yang mampu.

Dan kini, aku hanya perlu memilih
meneruskan karier dan terus meninggalkan anak-anak saban hari
bergelut dengan perasaan bersalah yang merantai setiap hari..
Tolak ke tepi perkembangan anak-anakku yang sudah di corak oleh anasir luar
Tutup mata terhadap reality yang menimpa anak, spt kena marah oleh pengasuhnya.
walau

Atau menjadi ibu suri di rumah..
menerbitkan senyum dan keriangan anakku di pagi hari secerah mentari...
memeluk dan belai setiap masa...bermain dan adakalanya memarahi..
Apakah bayangan indah ini dapat ku gapai suatu waktu nanti?


ummu Thoriq Umar
12 Jun 2013





Potensi Kehidupan

Naluri itu apa..?
aku bertanya..?
Ahh nasib baik aku ada usrah dan pengkajian ilmu..Alhamdulillah
yang memungkinkan aku mengetahui konsep demi konsep penting dlm hayat ini

Naluri itu ialah instinct (inggeris)
Naluri itu Gharizah (Arab)
Naluri itu adalah sifat dalaman dan perasaan semulajadi yang dibekalkan sejak lahir bersama jasad
Naluri ada pada  makhluk Allah, manusia dan haiwan.

naluri ada 3 jenis
- Naluri survival- Bentuk sifat yang ingin survive dalam apa jua keadaan, contohnya ingin Berjaya, ingin belajar dan jadi pandai, ingin kaya, ingin pangkat, ingin penghargaan dan pujian orang, ingin selamat....

- Naluri Beragama - Bentuk sifat yang ingin mennyembah kepada yang lebih Berkuasa, perasaan ingin mengadu dan meluahkan spiritual dalaman. Seperti berbuat ibadat, zikir, sembah patung, semmbah nenek moyang, buat kebajikan

-Naluri Kasih-sayang - Bentuk perasaan kasih sesama manusia dan ingin disayangi dan diberi perhatian. nseperti cintakan suami-isteri, saying ibu ayah, sayang anak, kasihkan boyfriend-girlfriend.

Dalam kehidupan ini, kita dibekalkan dengan 3 potensi kehidupan iaitu

{ potensi Jasmani} kita boleh bergerak, bernafas, makan, buang air dan sebagainya yang dlakukan oleh tubuh

{ potensi naluri} seperti keterangan di atas

{potensi akal fikiran} kita dibekalkan dengan akal fikiran untuk membuat pemerhatian dan keputusan tentang sesuatu.