Popular Posts

Monday 13 June 2011

Dia..yang ku panggil bapa



Dia..insan yang ku panggil bapa..
selalu menatapku lembut penuh kerinduan..
selalu melantunkan irama kata nasihat

Erti kebahagiaan...

Jika bahagia itu terletak pada kemewahan harta, pasti dia bukan orang yang bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada longgokan wang dan perhiasan, pasti dia tidak merasa bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada indah dan megahnya sebuah rumah, sungguh jauh dia dari drpd bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada pangkat dan status, dia bukan orang bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada sanjungan orang, dia bukan orang bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada nilai kereta, dia tidak akan merasa bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada enaknya makanan siang dan malam, dia bukan org bahagia..
Jika bahagia itu terletak pada sebuah impian indah, pasti dia bukan org bahagia..

Ku lihat dia dari mata kasar....
dia bukan seorang yang bahagia...
kerana tidak punya semua...
Dia hanya memiliki sekeping hati yang lembut dan wajah manis utk di tatap
Ku lihat dia dari ekor mata ku..
Dia tidak mengenggam bahagia..
kerana dia hanya punya kekuatan azam tanpa harapan yang terbentang..

Tapi bicaranya dan wajahnya...
tidak pernah membayangkan dia TIDAK bahagia..
Senyumannya selalu ikhlas tanpa derita secalit
tawanya terhambur tanpa duka..
bicaranya tiada rungutan apalagi keluhan....

Kerana dia...
sedang bahagia...

Tapi, tika ujian ini datang bak badai merempuh tawamu..
aku kaget dan terpana..
kau masih menyembunyikan tangismu...
sedang aku sudah berhamburan airmata mengenangmu...
Ya Allah..aku tidak kuat melihatmu jatuh lagi,
aku tidak sanggup melihatmu berduka dan menongkat sengsara lagi..
Hamparkanlah sejuta rahmatmu padanya..Ya Rabb
Teduhilah dia..

Ya Allah, demi Kasih SayangMu..
Permudahkanlah urusan hambaMu itu..
Selamatkanlah dia...

(puisi ini utk kakak ku yg sedang dalam mehnahNya-- Ros L)

Hidup tidak semudah ini...

sungguh..hidup tidak semudah ini wahai teman,
usai perjuangan menggenggam segulung ijazah
selesa berjawatan tinggi,
bukanlah noktah terakhir perjuangan..
sebagaiamana mimpi kita di zaman nan silam..

tetapi, itu adalah sebuah permulaan..
buat satu jiwa mencari hakikat kehidupan ini..
apakah sebegini sahaja rutin hidup ini..?
maka akal waras kurniaan Illahi mencari..
cuba menjejak dimana akan bertemu sebuah kepastian
yang akhir tujuannya adalah Ibadah kepadaNya

kerana, lamanya diri menyelak di dada waktu
mengintai bicara sang pendakwah
di kaca TV, di media massa atau di mana sahaja..
selalu keliru dan fikir ini meronta..
Bagai ada yang tidak terjawab..

Kiranya..
Kini silauan iman yang di rindui telah terjejak
tautan ukhuwwah yang dinanti ku temui..
dalam sepak terjang perjuangan Islam ku genggami..
kerana ku yakini jalan ini..
berkerikil dan berbatu..tapi lurus tujuannya, benar akhirannya
sentiasa ku yakini, kerananya ku mengerti..
hidup ini, tujuan ini, dan langkah kaki ini..
Kiranya ku tersandung di jalan ini..
ada serentetan kekuatan yang cekal bersamaku..

Di sini..
kukenali akidah Islamku..ku peluk semahunya
ku kenali iman...sujud syukurku atas anugerah iman dan Islam ini..
ku kenal langkah perbuatanku...tersasar atau terarah..
Ku kenal Kalamullah bukan hanya bacaan di kala subuh dan maghrib..
ku kenal zikrullah bukan hanya dikala duka berpaut datang..
ku kenal baik dan buruk di sini..
selama Islam bersamaku, aku berputar di paksinya..
aku pasti damai..
selama SyariatNya aku tegakkan..aku pasti benar..

Tuhanku
Jangan kau palingkan aku
dari jalan cintaMu ini..
aku mahu di sini selamanya...


cia.

Lembaran 2010

serasa bagai semalam 2010 datang..
serasa bagai semalam aku mula membuka lembaran ini
serasa baru semalam aku pasakkan seribu impian 
serasa baru semalam aku sulam sejuta cita-cita....di dada 2010
yang pasti masa-masa memang deras mengalir, menderu arus membawa diri
Kian jauh meniti masa demi masa hingga lembaran seterusnya...

Pergantian mentari dan rembulan jadi saksi..
silih bergiliran siang dan malam terus menatap..
atas tiap langkah anak adam, pada helaan nafas anak adam
satu persatu mengukir dosa dan pahala di perkiraan waktu
satu persatu menambah dan mengurangi....

2010...
antara kasih, amanah, kesal, amarah dan harapan bersatu
kekadang menerbit keresahan di hujung harapan
kekadang tercengkam pilu terhembus pedih di relung hati
selalu keletihan ini ku lontar sejauhnya walau lisan kekadang berbicara
demi amanah ini, kesabaran ku pasakkan biar menjadi peneguh
di dataran dan lembah jiwaku...

Manusia tercipta fitrahnya lemah, kerdil lagi tidak berdaya..
tiada salah andai airmata gurisan rasa bisa menyembuh luka
lalu...menangislah wahai mata, kerana insan tercipta beremosi
kesalan tiba, tiada guna meruntun hiba lagi
manusia sering tersasar menilai...salah menilai
ahhhhhhhh...rupanya ada insan sebegitu???
mengapa begitu??

perlahan-lahan...kurantai ingatan ini bersama memori
ada kenangan indah untuk dikenang
ada perjalanan indah untuk di tatapi dgn senyum
ada pengalaman indah untuk di lekat selamanya
kerana ku tahu
sela-sela masa yang Dia anugerahkan ini
ada iktibar, ada pengajaran
untuk memungkinkan aku kenal titian kehidupan ini..

Terima kasih Duhai Dia pencipta segenap alam dan makhluk
atas keselamatan, kesihatan, rezeki dan segala nikmat..
yang masih ku rasai hingga titik ini...Tuhanku
dalam jaga dan tidurku Kau selalu ada untuk terus memberi..
hingga aku malu...
Tuhanku yang membentangkan anugerahnya di kala hamba perlu
Tuhanku yang membentangkan ampunan di kala hamba berdosa dan terkhilaf
Tuhanku yang selalu bersamaku...

selalu ku untai azimat ini
dalam diam dan tawaku, dalam sunyi dan ria
bahawa hidup ini pentas Ujian, aku milikNya dan akan kembali padaNya
Terima kasih Syaidina Umar- Khalifah Islam yang aku cintai
atas titipan kata-katamu;
"Tiada akan dikau pernah merasa gundah andai dikau tahu apa yang dicari dalam hayat ini"

Ummu Thoriq
18 Dis 2010
11.35 pm

Realiti yang suram...

Empat orang bayi dibuang dalam masa 10 hari..!!! Masyallah, aku hanya mampu beristighfar menatap muka akhbar setiap hari, sambil dalam hati meratap penuh rasa pilu dan sayu mengenang bayi yang kelaparan, kesejukan dan kesakitan terlantar, terbuang begitu. Jiwa ini memang terasa sungguh tersentap kerana gejala ini kian hari semakin meningkat..meningkat tanpa penyelesaian dan semua pihak seolah2 menemui jalan buntu..sampai bila mata ku akan menatap berita2 sebegini setiap hari...? memang aku resah kerana aku adalah golongan muslimin yang memperdulikan umat, memang aku rasa benci dan marah kerana aku mengerti kewajipan seorang mukmin. mana mungkin hati ku tidak menangis jika aku mengetahui penyelesaiannya. Kerana aku tahu jalannya hanya kembali kepada hukum Islam. Hanya dengan menggunapakai sistem Syariat Allah, pasti akan terpelihara semua keamanan, maruah, akidah, agama, harta, nyawa, akal dan keturunan. Aku memang lebih sayu berbanding orang lain kerana aku menelusuri sirah kegemilangan dan kesejahteraan umat Islam pada masa2 dahulu...betapa indahnya hidup mereka di bawah naungan syariat Allah yang di payungi oleh pemimpin yang amanah dan taqwa (sehingga seekor kambing pun tidak akan di biar kelaparan..!).

Islam wajib diterapkan secara integral. menyeluruh dan Kaffah. Individu wajib bertaqwa membentengi dirinya dari maksiat dan api neraka. Masyarakat pula wajib beramar makruf nahi mungkar mengontrol aga r tidak berlaku kerosakan dan kemaksiatan disamping bersama2 pelihara kepentingan bersama. sebab itulah aku memang terasa sebal bila melihat slot TV yang memaparkan rancangan keagamaan yg bersifat Ruhiyah, akhlak dan adab semata...apakah definisi Islam hanya pada Ibadah semata..? apa begitu ke dalam benak semua orang..? ketahuilah Islam adalah agama Ruhiyyah dan kehidupan. the way of life. membiarkan kemaksiatan dan korupsi..membiarkan yang haram semakin berleluasa...di mana peranan media Islam dan ustaz  yg bergraduan dr Al-Azhar? Bersuaralah kalian selantangnya. Jangan hanya memfokus slot Imam Muda yg tidak menyelesaikan apa-apa masalah umat itu.

Mengapa Islam mewajibkan dakwah...? kerana hanya dengan dakwah, Islam sampai ke bumi Melayu ini. Hanya dengan dakwah, islam tersebar...menaungi setiap pelusuk bumi dengan rahmat Illahi...
apakah aku akan menjadi individu muslim yang jahil dan tidak tahu menahu urusan umat, dan hanya sibuk dengan rutin waktu??..atau kah ingin menjadi selemah-lemah iman yang ada, hanya hati yang melarang...sedangkan kewajipan ini adalah fardu sama seperti solat dan puasa...
apakah generasi anak2 kita akan mewarisi kehidupan yang rosak seperti ini? mungkin ya jika ibu dan ayahnya tidak ingin kembali kepada Islam...mungkin keturunanya akan melalui jalan yang sama. Itu sunatullah.

Takutlah kita kepada finah dunia, dan siksa yang pasti datang apabila kerosakan dibiarkan.. kembalilah kepada Islam, pelajarilah walaupun payah seperti mengenggam bara api. Biarlah kelihatan asing kerana mempertahankan syariat Islam...Biarlah kerana sudah Nabi bemberitakan..orang2 yang memegang Islam seperti mengenggam bara api dan dipandang asing, tapi berbahagialah orang2 yang asing itu..;))

ummu thoriq
10 am
sabtu yg cerah


Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R Termizi)
Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

  1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
  2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
  3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
  4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
(H.R Ibnu Majah)