Popular Posts

Friday 17 June 2011

Wanita solehah....



Jangan ungkap dirimu adalah wanita solehah...
Jika engkau hanya memakai tudung...
Jangan katakan dirimu solehah,
Jika engkau masih liar memandang yang haram..
Jangan ungkap dirimu adalah wanita solehah..
jika sebahagian besar masamu hanya menghadap FB, Twitter dan novel..
Jangan kau ungkap perkataan solehah..
hanya kerana engkau tahu mengaji huruf Al-Quran
tanpa cakna makna dan isinya..
Jangan kau ungkap dirimu wanita solehah hanya kerana dirimu terasa lebih baik dari mereka..
jangan kau katakan dirimu solehah hanya kerana kau pelihara solat dan puasamu..
jangan kau merasa solehah hanya kerana tutur kata lembutmu...

Solehah itu milik perempuan beriman..
Yang memahami Al-quran dan tuntutanNya...
lalu, dengan kerendahan diri mencari ilmu saban waktu...
agar langkah kakinya tidak tersadung ke liku haram..
Cita-citanya hanya satu..keredhaan Allah.

Solehah itu milik perempuan beriman
Yang mencintai RasulNya seperti dirinya sendiri...
Tiap kata, perbuatan Rasul menjadi ikutannya..
dengan kesedaran mencari ilmu saban waktu, menelaah dan membedah kitab
cita-citanya hanya satu..Syafaat dan cinta RasulNya..

Solehah itu milik seorang perempuan
Yang kenal haram-halal, tiap perbuatan terikat hukum syarak..
Dia mencari hukum Allah, bukan hanya tinggal diam di  rumah dan bercakap kosong tiada erti..
Perjalanan hidupnya tidak seperti mereka..
Rutin waktunya sibuk mengkaji ilmuNya, walau keletihan terlihat di matanya..
Rutin waktunya bukan sepeti mereka...
yang hidup untuk kerja saban waktu, tanpa mengenal urusan akhirat...

Solehah itu milik perempuan yang sabar...
dalam semua tugasnya sbg isteri, ibu dan hambaNya..
mulut, kaki tangannya untuk dakwah..
demi melihat DeenNya tegak di muka bumi kembali..

Yang dinamakan solehah itu..
bukanlah seorng perempuan yang bertudung semata, bertutur lembut semata, menjaga akhlak semata..
tapi ertinya adalah seluas lautan yang dalam...hanya Syariat Islam kayu ukur penentunya..

ummu thoriq

No comments:

Post a Comment