Salam semua....
Kenapa aku harus memiliki dan menulis blog ??
kerana aku suka menulis dan merakam memori yang tercipta di sepanjang titian hidup ini..
kerana aku suka menulis puisi, puisi adalah kata-kata terbaik untuk mengungkap sebuah rasa...
kerana aku ingin tebarkan fikrah (pemikiran) Islamiyyah, isu, pandangan dan realitinya...
Mungkin dalam blog ini...
tidak akan ketemu dengan menu masakan...
tidak akan ketemu dengan luahan perasaan kepada orang lain...
tidak akan ketemu cerita remeh temeh yang tiada berguna...
tidak akan ketemu lawak jenaka bodoh tiada manfaat..
tidak akan ketemu cerita artis dan bahan hiburan...
mungkin dalam blog ini....
terungkap realiti dunia yang suram..
tertulis cerita pedih jerih manusia meniti titian hidup...
terakam rapi kisah-kisah sejarah pembakar semangat satria
terungkap realiti agama yang terbuang dan tercalar
terungkap kisah masyarakat yang kian songsang
tercalit pengertian hakiki hubungan hamba...
segalanya mungkin....
kerana..
demi pena, dan apa yang di tuliskannya...
demi kalimah, dan apa yang diungkapkannya..
demi Deen, dan apa yang diperjuangkannya...
ummithoriq
KEHIDUPAN ADALAH ANUGERAH KESEMPURNAAN JASAD ADALAH NIKMAT KECUKUPAN ADALAH RAHMAT KESYUKURAN ADALAH BERKAH
Popular Posts
-
Jangan ungkap dirimu adalah wanita solehah... Jika engkau hanya memakai tudung... Jangan katakan dirimu solehah, Jika engkau masih liar...
-
Tatkala kapal terbang meluncur laju dan terus memecut melanggar satu persatu awan, Hanya Allah SWT yang maha tahu mengerti perasaan dan kal...
-
Antara lelaki dan wanita telah tercipta fitrah berbeza... Antara lelaki dan wanita telah dibekal sifat dan rupa berbeza.. antara lelaki ...
-
Derasnya masa...hatiku selalu merungut Cepatnya masa-masa berlalu...terasa baru sahaja bulan lepas bermula, bulan ini sudah di penghujung ...
-
Hati yang Remuk Mataku berkaca-kaca Pandanganku kabur digenangi airmata.. Kepalaku berpinar... Hatiku remuk, hancur lagi buat kesekia...
-
Iman... . Definisi Syaraknya membawa erti keyakinan dalam kalbu, pemngakuan dengan lisan dan pembenaran dengan perbuatan. Islam Defi...
-
Dia..insan yang ku panggil bapa.. selalu menatapku lembut penuh kerinduan.. selalu melantunkan irama kata nasihat
-
aku sering bermain dengan kata-kata... hahaha...kerana aku menggunakan otak kanan begitulah kesimpulanku..suka menulis, membaca, tulis pui...
-
Empat orang bayi dibuang dalam masa 10 hari..!!! Masyallah, aku hanya mampu beristighfar menatap muka akhbar setiap hari, sambil dalam hati ...
-
Salam semua.... Kenapa aku harus memiliki dan menulis blog ?? kerana aku suka menulis dan merakam memori yang tercipta di sepanjang titia...