Popular Posts

Wednesday 12 June 2013

Bagai Hidup dalam kotak...

aku sering bermain dengan kata-kata...
hahaha...kerana aku menggunakan otak kanan
begitulah kesimpulanku..suka menulis, membaca, tulis puisi
sungguh berbeza dengan suamiku tercinta, punyai otak kiri yang susah terima arahan 2 dalam 1.
Dia sukar memahami bahasa yang berkias dan puitis apalagi mengucapkan ayat-ayat kompleks, sangat berbeza dengan isterinya ini yang suka berbahasa @ bercakap, suka menulis, suka mencipta puisi...agaknya inilah yang dinamakan udang di laut asam dari darat bertemu di kuali dan bersatu di perut!!!

hahahah...

Berbalik kepada tajuk diatas, ini adalah pendapat dan pandangan peribadi yang sedikit sebanyak ku perolehi daripada pemerhatian dan pengalaman hidup. mungkin orang lain brbeza pengalaman maka berbezalah pandangan diri masing-masing...

mengapa kita tidak mempunyai ilmu @ kepakaran @ kemahiran dalam pelbagai bidang seperti ilmuwan Islam zaman keemasan silam yang mahir dan ahli dalam BANYAK bidang???!!
Mereka penghafaz Quran, penghafaz Hadist, Astronomi, matematik, perubatan, ahli kimia, nahu Saraf, menghafaz pelbagai bahasa.

Mengapa kita dan generasi kita bagai static pada satu-satu ilmu dan kemahiran sahaja pada alaf ini??
Mengapa kita bagai ketandusan ilmu di bumi Allah yang mempunyai ilmu sebanyak lautan dan sebanyak titisan hujan..?
Mengapa kita tidak pandai dan tidak mahir dalam banyak bidang atau cabang ilmu?
Adakah kita malas? apakah cara hidup, budaya dan system hidup lingkungan kini menyebabkan iklim sebegini??

Beginilah...
Bermula daripada persekolahan yang berorientasikan akademik yang mengajar membaca, mengeja, mengira semata-semata disambung dengan 11 tahun ilmu mengejar silibus peperiksaan. Segala kepenatan dan keletihan itu tamat apabila selesai SPM. Bayangkan dalam 11tahun kita belajar ilmu yang sama dan berulang-ulang yang bersifat superficial semata-mata.
Kalaulah 11 tahun kita belajar pelbagai cabang ilmu, diwajibkan menghafaz Quran dan Hadis dan kitab perubatan, pasti kita kita semua sudah mempunyai ilmu seperti Ibnu Sina dan Imam Shafie ketika berumur 17 tahun.

Di zaman university, kita di minta untuk memilih satu bidang untuk di khususkan sebagai pengajian untuk 3-4 tahun akan datang.Malang lagi kerana kita belajar di sini untuk alam pekerjaan dan pangkat, gaji. Di sini tercurah masa, tenaga dan perahan otak untuk memastikan kita lulus dan kompetent untuk pasaran kerja. Sedangkan ilmu untuk mengangkat martabat dan ummah, bukan untuk individu sahaja. Di sini peranan ilmu sdah deviated dari kehendak Islam.


Di alam kerjaya, dengan gaji, elaun, pangkat dan pencen kita benar-benar seperti menutup kotak kehidupan yang maha luas ini.Dengan semua itu, masa dan diri kita seumpama berjalan di landasan dan trek yang sama rutin saban hari tahun per tahun. Bangun kais rezeki makan sebulan, matlamat hidup semakin jelas hanya untuk makan gaji dan bekerja di samping berkeluarga. Hidup benar-benar seumpama dalam kotak kerana hanya berlegar-legar di situ tanpa ingin mengintai lagi dunia luar yang menjanjikan sepenuh bumi rezeki dan ilmu.
Mengapa kita hanya diam di situ? atau di sini? mengapa di jumudkan fikiran? mengapa ya? Malangnya apabila keselesaan itu merantai kaki di kediaman mewah dan kenderaan besar, ilmu sudah tiada di cari.
 Pencarian ilmu berakhir. Yang menjadi fous ialah pencarian harta bertimbun dn pangkat. lebih malang apabila ada yang bekerja tapi sambil lewa dalam tanggungjawabnya walhal hasil tetap masuk dalam akaun saban bulan.


Ya..begitulah
sekadar pandangan sebuah pemerhatian insan yang cuba menjangkau di luar kotak yang dicipta tanpa sedar oleh kebanyakan insan..

atas dasar itulah...insan  ini mendapat jawapan mengapa umat ini sangat jumud dan jauh terkebelakang dari segi persaingan ilmu apalagi ekonomi...mana mungkin masyarakat yang sudah selesa dengan kerjaya dan wang gaji akan menongkah arus mengambil risiko menceburkan diri ke bidang perniagaan (sebagai contoh) atau melepaskan jawatannya semata-mata untuk mendidik anak-anak di rumah..atau kembali menghadap buku-buku atau bergelut dengan kitab-kitab. Sukar !








Ummu Umar










 

No comments:

Post a Comment