Popular Posts

Monday 13 June 2011

Realiti yang suram...

Empat orang bayi dibuang dalam masa 10 hari..!!! Masyallah, aku hanya mampu beristighfar menatap muka akhbar setiap hari, sambil dalam hati meratap penuh rasa pilu dan sayu mengenang bayi yang kelaparan, kesejukan dan kesakitan terlantar, terbuang begitu. Jiwa ini memang terasa sungguh tersentap kerana gejala ini kian hari semakin meningkat..meningkat tanpa penyelesaian dan semua pihak seolah2 menemui jalan buntu..sampai bila mata ku akan menatap berita2 sebegini setiap hari...? memang aku resah kerana aku adalah golongan muslimin yang memperdulikan umat, memang aku rasa benci dan marah kerana aku mengerti kewajipan seorang mukmin. mana mungkin hati ku tidak menangis jika aku mengetahui penyelesaiannya. Kerana aku tahu jalannya hanya kembali kepada hukum Islam. Hanya dengan menggunapakai sistem Syariat Allah, pasti akan terpelihara semua keamanan, maruah, akidah, agama, harta, nyawa, akal dan keturunan. Aku memang lebih sayu berbanding orang lain kerana aku menelusuri sirah kegemilangan dan kesejahteraan umat Islam pada masa2 dahulu...betapa indahnya hidup mereka di bawah naungan syariat Allah yang di payungi oleh pemimpin yang amanah dan taqwa (sehingga seekor kambing pun tidak akan di biar kelaparan..!).

Islam wajib diterapkan secara integral. menyeluruh dan Kaffah. Individu wajib bertaqwa membentengi dirinya dari maksiat dan api neraka. Masyarakat pula wajib beramar makruf nahi mungkar mengontrol aga r tidak berlaku kerosakan dan kemaksiatan disamping bersama2 pelihara kepentingan bersama. sebab itulah aku memang terasa sebal bila melihat slot TV yang memaparkan rancangan keagamaan yg bersifat Ruhiyah, akhlak dan adab semata...apakah definisi Islam hanya pada Ibadah semata..? apa begitu ke dalam benak semua orang..? ketahuilah Islam adalah agama Ruhiyyah dan kehidupan. the way of life. membiarkan kemaksiatan dan korupsi..membiarkan yang haram semakin berleluasa...di mana peranan media Islam dan ustaz  yg bergraduan dr Al-Azhar? Bersuaralah kalian selantangnya. Jangan hanya memfokus slot Imam Muda yg tidak menyelesaikan apa-apa masalah umat itu.

Mengapa Islam mewajibkan dakwah...? kerana hanya dengan dakwah, Islam sampai ke bumi Melayu ini. Hanya dengan dakwah, islam tersebar...menaungi setiap pelusuk bumi dengan rahmat Illahi...
apakah aku akan menjadi individu muslim yang jahil dan tidak tahu menahu urusan umat, dan hanya sibuk dengan rutin waktu??..atau kah ingin menjadi selemah-lemah iman yang ada, hanya hati yang melarang...sedangkan kewajipan ini adalah fardu sama seperti solat dan puasa...
apakah generasi anak2 kita akan mewarisi kehidupan yang rosak seperti ini? mungkin ya jika ibu dan ayahnya tidak ingin kembali kepada Islam...mungkin keturunanya akan melalui jalan yang sama. Itu sunatullah.

Takutlah kita kepada finah dunia, dan siksa yang pasti datang apabila kerosakan dibiarkan.. kembalilah kepada Islam, pelajarilah walaupun payah seperti mengenggam bara api. Biarlah kelihatan asing kerana mempertahankan syariat Islam...Biarlah kerana sudah Nabi bemberitakan..orang2 yang memegang Islam seperti mengenggam bara api dan dipandang asing, tapi berbahagialah orang2 yang asing itu..;))

ummu thoriq
10 am
sabtu yg cerah


Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
(H.R Termizi)
Lima Maksiat yang Disegerakan Balasannya

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

  1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
  2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
  3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
  4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
(H.R Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment