Popular Posts

Sunday 19 June 2011

2 kehidupan berbeza...

Ingin ku lakar tentang 2 cerita berbeza dalam 2 kehidupan yang berbeza....
apa bezanya  ?? dan apa kaitannya dengan hukum Syarak..??
Hayatilah 2 kehidupan ini....

Kehidupan umum


Bekerja


Belajar


di jalanan


Berjual-beli

Gambar-gambar diatas adalah gambaran yang di sebut Kehidupan umum
Kehidupan umum ialah ruangan yang tidak perlu meminta izin ketika memasukinya
kehidupan umum ialah ruang kehidupan yang Allah anugerahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menyelesaikan segala perkara, urusan dan tujuan kehidupan...
dalam kehidupan ini tidak perlu mahram menemani..
Tempat-tempatnya seperti masjid, pasar, sekolah, hospital dll
Tapi jangan lupa akan hukum yang telah ditetapkan...
atau jangan buat-buat lupa...

Hukum yang berlaku ketika dalam kehidupan umum:
1. Menutup aurat lelaki dan perempuan
2.Tidak berkhalwat
3. Tidak bercampur-baur tanpa tujuan
4. Tidak berinteraksi secara haram tanpa tujuan
5. Tidak melakukan perbuatan syhubhat apalagi maksiat

___________________________________________________________________________
kehidupan khusus






Anda faham???
melalui gambar-gambar diatas, pasti faham kan
Kehidupan khusus ialah ruangan hidup yang khusus kita punyai...
setiap orang yang ingin memasukinya WAJIB memberi salam meminta izin..

1. Rumah atau bilik (bilik hostel etc)
2. Kereta peribadi

dalam ruangan ini...hukum yang telah ditetapkan ialah

1. selain wanita dan mahramnya, orang yang non mahram tidak boleh tinggal bersama-sama. 
   - seorang wanita boleh menampakkan aggota tubuh tempat melekatnya perhiasan dalam kehidupan khusus    dihadapan 2 golongan di atas. Tempat melekatnya perhiasan ialah rambut, leher, lengan dan kaki.


1. Tidak boleh bersama dengan non-mahram (sepert ipar-ipar, sepupu-sepupu berlainan jantina)
  -wajib ada mahram bersama dalamnya


2. wajib menutup aurat jika ada non-mahram (walaupun keluarga rapat !)


3. bagi anak-anak yang belum baligh dan hamba sahaya (waktu dahulu)  hendaklah meminta izin dan mengetuk pintu dalam 3 waktu iaitu: sebelum subuh, waktu zuhur dan selepas waktu Isyak
kerana 3 masa ini kebiasaan orang tidur dan menukar pakaian.


4. Interaksi antara non mahram adalah haram kecuali dalam keadaan tertentu yang dikecualikan oleh syariah islam seperti jamuan makan, acara silaturrahim.  (tapi harus ingat aurat dan akhlak seorg wanita beriman ya)


semoga ini bermanfaat pada semua ~Ad-Deen itu Nasihat/petunjuk~

salam
Ummu Thoriq
23.20 sunday

No comments:

Post a Comment